Thursday, May 6, 2010

Rencah Cinta


Cinta,
Indah meniti di bibir setuap yang menyebut,
Tanpa mereka ketahui,
Bahawa cinta itu juga terselit kepedihan dan kesakitan,
Bila kita merasakan kepedihan,
Bibir dengan mudah mengutuk perkataan cinta,
Kenapa manusia jadi begini?
kenapa manusia tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah,
Sesungguhnya manusia tidak memahami erti kata cinta,
Cinta adalah satu kepedihan dan kemanisan,
Yang sentiasa merantai kaki dan menjadi bayang-bayang,
Cinta adalah sesuatu yang indah,
Cinta menjadi hina kerana kita mengabaikan cinta kepada Allah,
Tolonglah manusia sekalian,
Tinggalkan diskriminasi cinta terhadap Allah,
Biarlah cinta itu seiring,
Biar jangan ada yang murka,
Kelak kita akan diazab seksa pada api neraka yang panas,
Jauhi cinta yang tidak memberi kebahagian,
Dekati cinta yang tulus dan membahagiakan.