Wednesday, August 18, 2010

Berikan Aku Ruang







Ruang bicara sesepi malam kudus,
Tanpa secalit angin yang lalu,
Tanpa Si cengkerik malam yang menyanyi,
Hati dian bermonolog,
Menyanyi bak irama syahdu,
Menangisi beban hati,
Yang tak tertanggung oleh tubuh yang kerdil,
Sangat kerdil,
Di sebalik pandangan matamu itu,
Ya Allah,
Bukakanlah pintu hati dia yang bernama lelaki,
berikanlah aku sedikit ruang,
Biar sekecil semut di jalanan,
Agar aku mampu bernafas,
Memandang khazanah dunia,
Menerobos dunia masa,
Kerana perjalananku masih jauh,
Biarlah masa yang menentukan,
Kerana segalanya itu di tangan yang Esa.

No comments:

Post a Comment