Ketemu dengan Dia
Dalam waktu tak terduga
Menyambar angin senja
menyedarkan Aku
Siapa Aku?
Terkadang merasa sendiri
Sepi dan sunyi
Dalam lara rimba hati
mengisi kekosongan dunia
Terkadang terduduk
Menanti sinarnya mentari
Agar hidup ini tidak menyakitkan
Adakah ini ujian
ujian seribu hikmah
Ungkapan rasa sayang tuhan pada hambanya
ahhh...
masa amat menyakitkan
membunuh detak benak
mengikat rasa minda
kengkadang
teratak hati bersalju
mengalir deras
kerana aku sedar
aku tidak sepertimu
walau Kau adalah sepertiku
Ya Tuhan
Biar takdir anginmu membawaku pergi
dari perasaan ini......
No comments:
Post a Comment