Monday, November 15, 2010
Bila Rindu Datang
Bila rindu menggamit sanubari
Rasa menyeksa di dalam dada
Ternanti hari tak kunjung tiba
Menunggu bulan jatuh ke riba
Penantian..
Ahhh.......
Satu penyeksaan
Tak tertahan
Bila nafsu memakan diri
Amarah merajai hati
Lahar nafsu termuntahkan
Ahhhh.....
Kenapa aku bisa berprasangka?
Iblis tertawa...
Hahahaha...
"Aku hebat kerana bisa menyesatkanmu"
Hai iblis durjana..
Jangan kau bakar api di dalam dada
Bisik sang malaikat
"Wahai insan,sedarlah....sedarlah...itu adalah permainan syaitan"
Aku tersedar
Istigfar terluahkan
Munajat terucapkan
Kenapa aku begitu alpa
Pada hakikat dunia fana
Adakah kerana rindu datang?
Ahhh...
Cinta dan sayang itu memang indah
Andai tersulam dengan kepercayaan
Terbina pada landasan keikhlasan
Wahai insan empunya hati
Rindu itu..
Bisa membuat manusia hilang pertimbangan
Amarah dan nafsu dijadikan tembok
Tembok iblis
Yang bisa meruntuh hubungan
Maka,
berkecailah harapan
Wahai insan jauhari
Binalah kejujuran
Tanamlah kepercayaan
Nescaya..
Datanglah rindu tak bertepian
Menari dengan tebing yang setia
Insanku
Larilah dikau
Larilah...
Buang seluruh persepsi gilamu
Biar alam tahu
Cinta dan rindu itu tulus
Biar bergema sanubari sang jiwa
Kerana sinarnya rindu setia
Beralaskan ketulusan jiwa.
J4JCK-16.11.2010(SELASA)-3.30 P.M-MSM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment