Monday, December 27, 2010
Adakah Kamu Insan Bertuah
Lelaki
Kau kukenal
Dalam sejenak masa
Kau
Bisa membuatku menangis,tertawa dan geram
Adakah apa yang kulakukan itu suatu yang tepat
Memilih kamu
walau ada yang lebih baik dari kamu
Kenapa
Setelah hari berlalu
Timbul rasa salah
Timbul rasa ragu
Adakah itu kamu
Adakah was-was ini dari syaitan
Yang suka memporakporandakan cucu adam
Jika benar kamu yang terbaik untukku
Kuberdoa
Allah akan tunjukkan kebenaran
Andai rasa ragu ini dari syaitan
Akan Allah tetapkan sayang itu dalam hatiku
Kuberdoa
Agar kamu adalah kamu
Insan seperti yang pernah kamu ungkapkan
Bukan kaca di sebalik kaca
Biarlah Badai berombak
Tapi kebenaran itu akan timbul
Menghiasi diri kamu
Biar masa berlalu
Akanku tunggu waktunya
kerana
Kebenaran dan keadilan itu pasti terjadi
Ya allah,
Jika apa yang kulihat itu bukan satu kebenaran kuatkanlah imanku tapi andai itu adalah petunjuk darimu bahawa dia bukan seorang lelaki yang baik bagiku,aku adalah hamba yang sangat bersyukur ya allah kerana engkau memberi aku petunjuk agar tidak terluka lagi.
SFHJ@FIU-12:37 am-28/12/2010-JFMA@PTRA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment