Monday, December 27, 2010
Aku Yang Bernama Sedih
Sakit...
Itu yang aku rasakan
Adakah apa yang aku lakukan itu satu kesalahan?
Adakah aku membina keputusan atas dasar kebodohan?
Dimana kewarasan akalku menghilang?
Patutkah aku
Mengasihani dia yang bernama lelaki
Insan yang hanya wujud sebentar dalam hidupku
Adakah aku yang buta?
Dalam menilai ertinya cinta
Kenapa insan yang baru sejenak kukenal
Sebisanya..
Menjadi orang penting dalam hidupku?
Kenapa insan yang sentiasa ada untuk aku,
Aku tak pernah bahagiakan..
Ahhh....
Desakan dan dugaan hidup itu tak pernah putus
Aku terima dengan redha,
Andai ini petunjuk dari allah,
Aku bersyukur sepenuh hati,
Biarlah aku rasa perihnya,
Biar air mata jadi teman,
Biar hati yang luka semakin luka,
Daripada aku mengetahuinya bila rasa sayang itu sudar mekar,
Andai keraguan ini dari syaitan,
Kuberdoa,
Biar ditetapkan rasa percaya di dada,
Biar semakin utuh hubungan yang dibina,
Ya allah,
Andai ini adalah dugaanmu,
Aku terima dengan pasrah,
Biar ini sebagai peneman jalan hidupku,
Akan kupijak duri jalanan dengan tabah,
Andai kaki ini luka,
Ia adalah keranamu,
Andai kaki ini hancur,
Ia adalah keranamu,
Kenapa aku lemah,
Tersangatlah lemah,
Ya allah,
Sungguh aku malu padamu,
Kerana aku mengejar cinta sang manusia,
Yang tak pernah tulus dan hakiki,
Kenapa aku tak sedar betapa hebatnya cintamu padaku,
Yang menghidupkan aku dengan tiupan roh,
Mematikan hambamu dengan tiupan sangkakala,
Ya allah,
Aku hamba yang sangat hina,
Kalah dalam medan perang iblis,
Durjana pengkhianat alam,
Ya allah,
Berikan aku kekuatan dan ketenangan,
Bantulah aku membina kesabaran dan ketenangan,
Dalam menghadapi ranjau hidup,
Dalam meniti liku hidup yang engkau tulis,
Biarlah catatan hidupku penuh dengan warna hidup,
Tapi aku bersumpah,
Aku tidak akan kalah dengan kata cinta yang tak pernah tulus,
Ya allah,
Kusujud,
Seribu kali sujud padamu,
Agar aku diberi petunjuk,
Siapa yang benar dalam hidupku.
FIU@SFHJ-27.12.10-12:16 am-JFMA@PTRA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment