Selamat tinggal kesedihan,
Selamat tinggal tangisan,
Aku tidak lagi dihantui oleh bayanganmu,
Kerana duniaku semakin indah,
Walau riak mendung tetap berarak,
Rama-rama mengisi hariku,
Warna pelangi menghiasi duniaku,
Kerana hadirnya dia,
Dia yang bernama teman,
Si pemilik senyuman manis,
Semanis hati budinya,
Yang kaya dengan pengalaman,
Yang memberiku kegembiraan,
Yang menyebabkan aku tertawa di dalam tangisan,
Ya Allah,
Kirimkanlah bingkisan kalbuku padanya,
Adunkan kasih sayang sejati di dadanya,
Biar dia tetap tersenyum,
Walau perih menyanggah kehidupan,
Ya Allah,
Andai matanya menitiskan mutiara salju,
Kirimkanlah bidadari syurga padanya,
Temankanlah malaikat manis di sisi hidupnya,
Terbangkanlah batinku padanya,
Agar dia tahu aku amat menyayanginya,
Terima kasih Ya Allah,
Kerana aku mengenali muslimin sebaik dan setulus dia,
Andai tak terjalin kasih di dunia ini,
Biarlah terjalin di dunia sana,
Kerana aku begitu menyenangi kehadirannya di sisiku.
No comments:
Post a Comment