Monday, January 11, 2010

Wadahku


Aku insan hina,
Yang tak sempurna,
Namun aku ingin seperti dia,

Yang memiliki kemuliaan budi pekerti dan ketulusan hati,
Yang tak hilang walau disisihkan,

Yang disanjung di segenap alam.
Aku ingin seperti dia,
Yang sentiasa tersenyum walau perih menyisih hidup,
Yang sentiasa ada walau tak dipinta,

Yang sentiasa menghulur walau tak diminta,

Yang tabah memijak duri-duri dunia.

Aku tak rela bila salju menguasai mata beningnya,

Aku tak rela bila dia disakiti,

Biarlah apa yang diperkatakan oleh dunia,

Namun tetap dia permaisuri si peri anggun di hatiku,

Dia tetap permaisuri dunia,

Si pencorak hidup lelaki yang boleh menggoncangkan dunia,

Walhal dia dianggap lemah.

Siapa sangka kerajaan tubuhnya disaluti emas kesabaran,

Wajahnya dihiasi kasih sayang dan rumahnya dipenuhi kegembiraan,

Ini semua kerana kasihnya sebagai manusia hawa.

No comments:

Post a Comment